Search This Blog

Monday, December 27, 2010

boring

Setiap hari bangun tido, mandi, pergi lab, buat kerja bla bla bla bla. Hari2 buat benda yang sama. Tak sabar nak keluar dari UPM ni, da busan tengok view yang sama. N 1 lagi, facebook pun dah bosan. 




Bila sign in je, tak sampai 1 jam aku dah menguap hehe. Tengok gambar orang, balas PM: tu je la yang aku mampu buat kat fb. Kadang2 rindu gak nak keluar dgn budak2 samad, tp semua dah kawin n da ada bf la, jadi masing2 bz dengan kehidupan masing2. So, skang ni peneman setia aku dr dulu sampai sekarang ialah novel2 aku. Baru2 ni aku pinjam la buku kak dayah, tajuk buku tu "Jangan sedih" or dalam bahasa arab nya ialah "La Tahzan". Buku ni best. Banyak mengajar aku utk redha dan bagaimana mengatasi kesedihan atau ujian yang dihadapi. 



l.o.v.3

Tuesday, December 21, 2010

ketiak busuk

Tadi masa dalam bas nak balik kolej, nasib baik aku letak handbag kat sebelah. Kalau tak, mesti aku pengsan sebab tak cukup udara bersih dan wangi. Ada 1 foreigner ni, ketiak dia sangaaaaaat busuk. Bau macam stokin + bau peluh + bau ketiak hangus huhu. Dia duduk dekat kerusi depan, tapi bau dia boleh sampai belakang. Dia tak tau ke bau dia busuk? Rasa macam nak simbah dengan air bunga kat dia :(


Kesian budak perempuan yang duduk sebelah dia tu, terbatuk-batuk dia tersedut bau ketiak masam laki tu


L.O.V.3 

Thursday, December 16, 2010

Petani moden yang cute (perasan)

Aku sejak jadi pembantu ni, sangat kelam kabut dibuatnya. Tiap minggu nak kene gi melaka, pahtu kena buat projek sendiri lagi, sigh. Mcm mana diaorg jadi agronomist yang kene handle sampai 3 - 5 projek? Tapi bila fikir balik, agronomist ada pekerja untuk buatkan kerja and analisis untuk diaorg, so senang la hehe.
Budak jakun main lumpur


1st time masuk sawah, mula2 nak letak kaki geli sangat! Huuu yela, sebab boleh nampak cacing merah (banyaaak), pahtu cacing hitam plak. Tp lama2 malas nak layan cacing2 tu, dah jadi bestfriend dah :)----- Tp 1 benda yang buat aku insaf : Aku baru tau kesusahan tanam padi, so lepas ni aku takkan bazir nasi lagi dah. Memang betul iklan beras tu "SEBUTIR BERAS IBARAT SETITIK PELUH PETANI". Lepas ni, peluh aku pun menyumbang kepada penghasilan beras tu hahaha!! 


Ni kucing2 kat rumah family shukri, dia ada 9 ekor kucing n 2 ekor guinea pig. Banyak kan? comel2 pulak tu. Geram tengok
Tom, si samseng kampung 

Rainbow

alalala, tomei nyer. Muax!

Ala bucuk-bucuk!!

Cantik tak kucing ni hehe, si bonbon

Akibat makan sotong :p

*whats in my head now*-ada anak nanti nak ajar anak lasak skit, takleh manja2. Kalau boleh nak ajar diaorg masuk hutan, masuk sawah hehe. 


L.O.V.3

Wednesday, December 15, 2010

lapar siot

Berlepas dah adik aku ke NY. Harap2 dia bawak balik adiah n barang yang aku kirim tu hehe. Ko punya pasal la amy aku kelaparan sampai masuk angin malam tadi. Flight pukul 10.30 tp ko suruh datang pukul 6, belasah ko kang. Hehe nasib baik ada kedai gedik2 kat situ untuk ku membuang masa, dah la aku ni pantang nampak kedai2 gedik (^_^). Ni la aktiviti n 3 items yang aku beli kat KLIA sementara tunggu amy berlepas. Ingat nak beli lagi, tapi tak sempat. Mak dah bising2 cakap jangan merayau hehe
Sawan kamera

candid (^_^)



cantik kan? hehe.

model untuk scarf terbaru shaya :), perkenalkan andy hehe
andy bersama cekak yang cantik (andy ni 30% perempuan)

dpt bayangkan kecomelan saya bila pakai getah ni la la
-Hurm, rasanya aku ni dah tersalah ambil course lah. Aku minat wildlife tp kenapa boleh sesat ke pertanian? 

L.O.V.3


Sunday, November 28, 2010

Berdiri sendiri

Aku harus belajar mengharungi masalah dan menyelasaikan masalah aku sendiri. Takkan selamanya aku harus mengadu, menangis teresak dgn kawan2. Diaorang jugak ada masalah mereka sendiri and kehidupan sendiri. Kak yati pernah nasihat aku "yuni, takkan la kawan yuni selamanya nak berada kat sisi yuni, even bestfren yuni pun tak boleh nak selamanya manjakan yuni coz they have their own life".... 


Kak yati, yuni tenga cuba la ni. Tp atlis yuni nak sum1 dengar luahan hati yuni ni (ayat skema la plak), sebab selagi yuni tak luah apa yuni rasa, yuni tak tenteram n tension :(

Thursday, November 25, 2010

mission

Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya akan makan banyak2 sampai berat badan saya mencapai 50 kg. Harap maklum 
Day 1: burger special with cheese

To be continued 
L.o.V.3

Wednesday, November 24, 2010

Beli motor besaR-cancel!

Semalam kene demam teruk, tp ingatkan dah baik, so I pergi makan ngan bestfren kat Nasi ayam penyet Kampung baru (Fav niiiii).. . Balik je lepas makan, suhu badan bertambah teruk kot huhu. Tapi sekarang dah owkay, hehe.. Semalam borak2 dengar bestfren, dia cerita pasal motor besar (mcm mana nak jaga, macam mana nak bawak, etc). Bila I dengar je, terus mati niat nak beli motor besar hehe. 


Bawak kereta kodok je la nanti :), slow n cute



Sunday, November 21, 2010

keep fit!!

Fit ke I? hurm, kalau dah badan menggelebeh-gelebeh, mana boleh dikatakan fit haha. Sabtu lepas teman adik gi Celebrity Fitness konon2 adik i ni nak ada 6pax kat perut dia, berangan la kau. So, dia pun pergi la mendaftar kat gym ni. Sambil2 tu, kitaorg tengok2 la keadaan sekeliling.... Nak tau tak, ni 1st time i jejak kaki kat gym hehe. 1st time nampak laki taf yang sangat ramai pada 1 masa. Bak kata that person ni, "cuci mata la u". Yes, mmg i cuci mata, sampai menganga mulut (jakun sangat). Tapi 1 benda je yang i tak suka dengan gym : BUSUK, BAU MASAM, sebab semua orang bau peluh hehe...

Bakal customer tetap!
pose (^-^)


Makan lagi junk food banyak2, hehe 
si kurus kering yang menggelebeh ahah!

Ok, sekarang part nak check tahap fit badan i. 1st dia tanya umur, then dia tanya tinggi, then i kene berdiri atas penimbang yang ada wire apa ntah. Jeng jeng ini resultnya! 

Body age: smileeee :)
body fat: still smileeeeee :)
Bmi: OK
visceral fat: smile! :)
Muscle: not happy :(, urgh

L.O.V.3

Thursday, November 18, 2010

What we really want, Long-Term

What women look for:                         What men think women look for:
1. Personality                                            1. Personality
2. Humor                                                  2. Good Body
3. Sensitivity                                             3. Humor
4. Brains                                                   4. Sensitivity
5. Good body                                           5. Good looking


What men look for:                             What women think men look for:
1. Personality                                          1. Good looking
2. Good looking                                      2. Good body
3. Brains                                                 3. Breasts
4. Humor                                                4. Bum
5. Good body                                         5. Personality

L.O.V.E

Tuesday, November 16, 2010

PujiaN MeLampaU...

Pernah tak seseorang tu puji u lebih2 dan tak sepatutnya? I pernah n selalu. Tapi kalini memang melampau dan tidak tercapai akal pujiannya. Hari rabu ke khamis haritu I kuar makan dengan bekas guru teakwondo Sir shivalingam di puchong. Dia da 7th dan dah, fuiyooo sir congrats!! Dah lama gila kot I tak jumpa dia, sejak form 5 (lepas spm, I terus chow pergi matrik). Dia ada ajak join balik taekwondo, tapi tak berani laaa. Coz badan ni dah tak tahan sakit (esp sparring huhu), so I pun cakap la "tak nak la sir, takut u marah2 i dalam class" hehe..


Ok, summerize kan cerita: 
Selepas dapat makanan, sir cakap " u makin kurus, u must habiskan makanan2 ni. Nasi tak habis ok, tapi must habiskan lauk2 ni". Ikutkan hati mcm nak muntah je sbb tengok lauk banyak sangat (kitaorg makan makanan indian, so macam2 pelayan tu letak)...


Ni part paling best:
"U cantik macam AISHWARYA RAI"... Respon I masa tu: gelak macam nak pengsan haha. Mengarut je orang tua ni. Aku macam aish? haiyooo bangganya. Aku dah jadi SARAKE la skang,  haha!! 


Then aku cerita la kat that person, dia kata "hahahaha macam langit dan bumi"... 







Monday, November 15, 2010

Oh Rajnikhan!!

Hari yang dinantikan dah tiba. Paling sakit hati bila masa ni la jerawat nak naik, sampai 2-3 ketul naik. Merah n bengkak pulak tu huu. Aku siap bangun awal sbb nak tutup muka ni ngan bedak n concealer, tp tak dapat juga. Yang paling buat sakit hati ialah jerawat2 ni pecah masa tidur, habis menggelupas haiyaaa!! Pasrah je lah. Dalam fikiran da dapat agak apa dia nak cakap nanti pasal muka merah n berjerawat ni... N memang betul sangkaan hati ini hehe.

Disebabkan sampai awal tadi, aku membuang masa kat kedai aksesori fav iaitu axxezz. Barang2 semua cantik2, macam nak beli semua (tapi duit ada berapa keping je). Lama gak la belek barang2 kat situ, akhirnya jumpa rantai yang cantik :). N ada less 50%, lagi la aku suka weeeeee. 
Cantik tak? Cantik kan..



SUPER cantik! (kamera cikai, gambar buruk)


Huhu tak dapat tengok cerita ROBO. Baru check minggu lepas, still ada. Tp harini da takder daaaa. Last2 kami tengok cerita Megamind 3D (haritu kata taknak 3D, last2 dia da pilih 3D. Senyap je la hehe). Best megamind ni, hensem jugak si kepala biru besar tu.


L.O.V.E

Thursday, November 11, 2010

BANERAS PATTU - NINAITHALE INIKKUM


Sempat lagi tengok you tube lah, facebook lah, blog lah, sedangkan pukul 2 ni ada progress meeting with Dr. Radz. Slide da prepared, tu yang main2 ni hehe. Sedang2 buat kerja ni, tiba2 teringat yang dia da ada dalam flight kot, harap2 selamat pergi dan balik. Vid kat bawah ni dah jadi antara filem kegemaran aku sebaaaaab muka hero ada skit mcm muka dia :)

N lagu dia pun best, rasa nak menari bila dengar lagu ni. Even masa buat kerja ni pun kaki gerak2 ikut rentak. Mere piya! mere piya piya Ooo mere piya!



L.O.V.E

Monday, November 8, 2010

Robo ---- EndhiraN




Settle! Kerja untuk harini semua dah siap. Pheww!.

Nak tengok preview tamil movie Endhiran lah :) * Cant wait to watch this  movie with him *. Walaupun dah lapuk kat panggung tu, orang lain da tak tengok da. Tp dia da janji nak tengok, so kene la tunaikan kiki.. Tercapai gak niat  nak tengok tamil movie kat panggung (semua kakak lab tak nak tengok, bertuah la kalau diaorg tengok)

Tp kalau movie ni da takde kat panggung @ da expired hehe, ni kemungkinan filem2 yang akan kami tonton:

1. Takers
2. Megamind (taknak 3D, sakit hidung. Hidung i penyek)
3. (ni ikut suka hati i kalau semua panggung penuh * tanpa pengetahuan si dia*)
    a. Life as we know
    b. Red
    c. Hiss (conform dia tak nak)

L.O.V.E 

Friday, November 5, 2010

:) ------- (^-^)





Ni yang sempat dirakamkan masa epet kahwin haritu. Congrats epet, semoga bahagia ke anak cucu, lagi bagus kalau sehingga cicit. Cantik majlis perkahwinan ko, ala2 komik gitu :)

L.O.V.E

HappY DeepaValii------

Kelaparan di pagi deepavali. Lepas bangun tido terus aku wish that person tu "heppy depavali valtukal". Tak sangka plak dia balas, ingatkan dia sibuk di pagi raya ni haha. Kejap lagi mesti dia call nak berlagak apa dia makan harini (^_^). U gemuk nanti u tau la, takder sapa nak ngorat u dah kat hutan tu. orang hutan je nak kat u ahaks.

Bangun dari katil;
1. pergi bilik air gosok gigi basuh muka, kejap lagi la mandi, kelaparan sangat
2. MAsak air, nak buat air milo
3. Panaskan rice cooker, nak masak sup campbells

 LEPAS TU,  apa jadi? haha, percubaan membuka tin sup yg sangat susah. Semalam da beli can opener, kat kedai adik korea tu. Baru cucuk kat tin tu, terus patah. Da la lapar, tension aku. Last2 aku buat lubang banyak2, then koyakkan guna opener yang dah patah tu. Tiung!, TERCAMPAK sup aku haha!! Jadi la, asalkan dah terbukak



DAH BOLEH MAKAN, ta daaaaa hehe----- habis dah pun :)
                                                                                


L.O.V.E

Wednesday, November 3, 2010

SEDIH tahap cipan

Kenapa jd mcm ni. 

Kawan sejak aku kecil, 
main kejar sama2, 
makan sama2, 
ejek nama ayah masing2, 
cipta nama panggilan

- kini kami da tak bertegur sapa. Dia da buang aku dari friend list fb. Sangat sedih. Even lg sedih drp aku clash haritu. Ni semua disebabkan dia kata aku sombong. Aku bukan sombong, takkan aku nak terhegeh dari jauh jerit nama dia. Macam tak sopan pulak. Dia yang berkelakuan tak matang.. Ingat lagi dia ckp "hellloooo, atlis i call u ok"..


Haritu epet kawen dia ada datang, tapi mmg aku takut nak tegur dia sbb aku tau mesti kene marah "sombong"..


haish.... Plz la dont be such a baby, masa kecik2 boleh la "xnak kawan ko". Kita da dewasa, xkan nak mcm tu lagi


L.O.V.E

Monday, October 25, 2010

IF I HAD U

IF I had you, that would be the only thing that i'd ever need



if I had you, the money fame and fortune never could compete



If I had you, life would be a party it'd be ecstasy




If I had you






L.O.V.E

Wednesday, October 6, 2010

The Script - Breakeven

Song for heartbroken (not for me) hehe.. hopefully can play this song after got the chord la la la.

miss u

 I'M MISSING U SOOO MUSH!! plz call me. Its already 4 month since our last 'date' huhu..  

L.O.V.E

Friday, October 1, 2010

miaw jahat

Semalam masa baru balik dr lab, terkejut beruk aku bila bukak pintu kolej. Tiba2 ada kucing keluar dr bilik. GUGUR JANTUNG!! Mcm mana dia boleh masuk entah. HUhu, naseb baik xder sakit jantung. PAhtu tengok bilik plak bersepah mcm tongkang pecah!! Habes tunggang langgang, dah jadi mcm gelanggang sarkas huh!! Yang paling best tapak kaki miaw tu penuh atas katil huuuuuuu jahat la miaw niiiiii :(

entah mana miaw ni dpt sponge2 ni ntah

Bermuda triangle haha!! :)

Thumbprint miaw yg jahat tu huuuuu, baru je basuh haritu uhuks

L.O.V.E


Thursday, September 30, 2010

CACING

Apela, ko kata game ni best. Aku main xbest pun, ke aku x reti main. Punye la aku suruh adik aku gi beli game ni kat kedai sbb nak main sangat. N bunyi tajuk game tu pun mcm cute jugak hehe – Worms reloaded. So, bila da beli aku pun xsabar la kan nak main. K, bila da donlod, ada error lak. So, aku pun uninstall balik.. Last2 si shukri tolong install kan hehe, thanx eh shukri. Aku kan mmg xpandai komputer, so maaf kan aku menyusahkan ko ye hahaha!!..

DAH INSTALL- bila dah install cuba la main. Huuuu aku xreti la nak main, banyak sangat instruction dia. Kene pick bom la, bazooka la, telepati la. Pahtu mcm mana nak serang cacing laiiiin huhu. Ni kalau aku ckp ngan nijham konfom kene gelak. Malu la plak nak tanya dia. Hurm kene la tanya shukri balik mcm mana nak main hehe... ASIK KENE BOM JE, MALAS NAK MAIN DAH HUH!! 








ps: nape sejak menjak ni aku da jadi kaunselor kat semua masalah org ni? kene tukar profession ni hehehe 

L.O.V.E 

Wednesday, September 15, 2010

Tuesday, September 14, 2010

Camat HAri raya!!

Raya tahun ni balik melaka. Mula2 tu berat la jugak nak balik sbb tau ramai sangat org kat kampung tu n banyak kerja kene buat. Tp bila da sampai kampung, rasa mcm taknak balik upm plak coz da jumpa kezen yg geng hehe. Lagipun sementara tok mamat masih ada ni, baiklah aku menggunakan kesempatan ni utk jumpa atuk yg comel tu. BIla pandang tok mamat, mesti hati aku sedih. Aku rasa mcm x bersedia kalau2 atuk aku meninggalkan kami 1 hari nanti. Dia sangat baik n comel. Wpun da tua, atuk tetap rajin baca suratkhabar, n buat semua kerja sendiri (melainkan kalau betul2 tak larat). Tahun ni aku la tukang masukkan duit dalam sampul duit raya atuk. So aku tau la amount dlm tu hahaha!!! 

Tp raya tahun ni mmg best. Dpt berita yg NOi nak tunang bulan depan n kawen nex year hehe. Tahniah noi. Tp sedih pun ada coz ni la raya pertama aku tidak berboyfren (Bukan la sejak lahir). Huuuuu. Tp sekejap je aku sedih coz aku still ada kawan2 bg msg2 sengal hahaha!!! 

Hehe, aku da besar ni pun dapat duit raya lagi tau hahaha. Malu pun ada :)

Thursday, September 2, 2010

Dalam SeJaraH

Semalam dlm sejarah----- Henfon aku langsung tak berbunyi huuuuuu. Mana semua org pergi nii 

Wednesday, September 1, 2010

IQ test yg annoying



Yer, mmg annoying!! Mengganggu hidup aku pagi malam siang petang, nak tido pun susah

Sejak 2 3 hari lepas, ada 1 msg dr YM ni msg kat fon aku (sbb aku buat status "i'm mobile"). Tp dr id dia, mmg aku kenal dia pun, kawan baik. So, aku ingatkan dia lah yg suruh aku buat iq test tu. So, aku reply la "nanti la, i takder internet ni, besok i buat kat lab i ok lalink". Then, sejak dr tu, dia asik la msg banda yg sama. Then masa YM pun dia chatting ngan aku. Mati2 aku ingat dia ni mohan.

Haritu masa keluar lepak jap dgn dia, 1 benda kelakar jadi. Haha, tiba2 si "memphis" tu YM aku kat fon. Padahal tuan punya ID tu tenga drive hahahahaha!!! Konfom2 kawan aku nyer YM kene hack. So skang ni kalau nak chat kene tanya "ni betol ke fake ni".. RIMAS sampai skang coz baru tadi fake memphis msg aku lagi hish!!!


Masa 1st tu aku cuba la jugak buat test ni (sebelum dapat tau kene tipu). Ni antara soalan yg paling bodoh aku pernah dengar;

"WHAT IS THE CHEMICAL EQUATION FOR WATER"
a) H20
b) xingat
c) xingat
d) xingat

Helooooo, soalan ni siapa la yg xdpat jawab. BUdak darjah 5 pun tau buat lah!! Huh







SuppeR n SahoR kat PeliTa BangsaR

Dah lama x lepak malam2 kat luar. Lepak ngan geng lagi la lama giler x buat. So, haritu si mr bean ukraine ajak la lepak sbb dia x diner lagi. Masa tu da pukul 12 kot rasenyer. Haha, kalau dah mr bean, mr bean jugak. Lain aku ckp, lain yg dia faham. Aku pun sama, lain dia ckp, lain yg aku dengar haha!! Aku ckp "gate tutup pukul 12, n bukak balik at 3morning masa bulan puasa ni". Dia ingat pukul 12 bukak, pukul 3 pgi tutup hehee. MAsa dia kol tu "i da kat upm, so mana hostel u". Haha so aku pun gamble je, naseb baik pagar bukak lagi. Dapat gak dia masuk dlm hostel weeee!!! ...


"u nak makan kat mana". Apa lagi, aku ckp aku xnak makan kat situ, nak makan jauh2 skit, kat kl pun xper. So, kitaorg gi kl, tp lencong ke PJ sbb takut kl ramai org. Aku nak makan nasi kandar pelita sebenarnyer, tp naseb baik kat bangsar ada. Puas hati aku dpt makan nasi kandar... Walaupun baru pukul 1 kot, alang2 aku sahor je la terus... Tp ada ke dia siap warning "u jgn pakai make up yer"


Helo macha, u ingat i nak sangat ke make up haa. Sori skit, xkuasa nak make up lepak dgn u hehe. 
Pahni kat ukraine tolong la belajar bawak kereta elok2, banyak mengucap naik keter ngan ko, ko tau x haha.


ps: Ice kacang aku lgi sedap la, mamak tu punya xsedap...


L.O.V.E

Wednesday, August 11, 2010

Demam Cinta




Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
 Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Mesti korang fikir aku ni minah jiwang kan? Tp ni lah yg aku rase (celleh) hehe. Hopefully dia tak tau la pasal blog ni, malu je dia tau aku angau ngan dia hahaha!! 

L.O.V.3 

Monday, August 9, 2010

moto idaman

Semalam kat highway nampak moto cun yg sangat terserlah cun nya. Dah lama aku aim motor ni, tp semalam baru terpikir nak beli motor ni bila da kerja nanti. Aku nak kaler pink, tampal bunga2 skit, pahtu pakai jaket merah. Pergh smart giler. N seksi haha. GI kerja pun naik moto je, xyah nak jem2...


Aku tanya la si alan, lepas ke ketinggian aku ni nak bawak moto cun ni, dia kata ada kwn ppuan dia agi pendek dr aku bawka moto ni, ok je. So, tiada halangan lagi utk aku bawak moto itu weeee (selain xder duit nak beli, kene tunggu kerja huuu)

yer, ni la moto idaman saya. Kawasaki ninja. brum brum!! CUte kan?


Tp yg penting skang ni, kene la belajar bawak moto dulu hahaha!!. Lesen moto pun xder.

Alan, nizam, ko jgn terkejut nanti ok (tunggu tahun depan hahaha!!). Hot chick on the roaaaad <3


L. O. V. E

Tuesday, August 3, 2010

main2 plak

Line terputus. AKu tunggu gak dia call, tp dia x call2 pun. So, aku msg la “ kenapa putuuuus huhu. Terlanggar pokok ke? Hehe”. Then lepas tu dia call. Dia kata dia mmg betol2 xcident. Dia betol2 terlanggar pokok. Aku punya la cuak n risau. Aku dpt dengar dia cuba start engine n dpt dengar tayar tu bunyi bising. Kereta tu da stuck. Aku bertambah risau bila dia ckp dahi dia da berdarah sbb terhantuk kat stering kereta. Aku rasa mcm nak nangis. Aku terus ckp “ pergi call kawan u, dah lewat ni, bahaya u sorang2 kat situ.” Lagi pun masa ni pukul 12 lebih tenga malam, so drp dia call aku, baik dia call pekerja ladang. Then aku baru je nak letak bila dia ckp “OI, OVER LA U NI HAHAHAHAHA”. Terkejut aku. Rupenyer dia main2 je. Aku dpt rasa la muka aku panas sbb malu. Huuuu, malu sbb emosi sangat tadi.


L.O.V.E 

Monday, July 26, 2010

Cinta kau dadah ku




Hehe, lagu ni dah jadi sebahagian dr hidup ku. Harus dengar sebelum tido <3


L. O. V. E

Monday, July 12, 2010

hati



i think i have found my new love. Cuma skang ni aku x nak ckp pape, kalau ada jodoh, ada la. Pengalaman dijadikan pengajaran buat ku.

L.O.V.E

Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang merasai perasaan berbunga

Wednesday, July 7, 2010

Supernatural 5x22 | Swan Song | Sam Flashbacks via Impala



Aku kalau tengok hindustan x nangis pun. Tp bila tengok scene ni, mmg nangis teresak esak. Ikatan kasih sayang antara 2 beradik mmg sangat kuat. Scene ni mmg sangat emotional. Xtan nak ckp mcm mana. Sobs sobs

Supernatural 5x22 | Swan Song | Lucifer/Sam & Michael/Jake End Up Back I...





"It's ok Dean... It's gonna be ok... I got him"

SGT MENYEDIHKAN, LOVE SAM & DEAN VERY MUCH 

L.O.V.3

Tuesday, June 29, 2010

Pounding heart ❤

I want my heart to stop, yet it continues to pound.
I want my heart to stop, but still no solution found.
I beg my heart to stop, the pounding brings tears to my eyes.
I begged my heart to stop, it's still pounding, no surprise.
I wish my heart would stop, if just to give me a break.
I wish my heart would stop, stop for my health's sake.
If only my heart would stop, it would be easier for breath.
If only my heart would stop, I could see what was left.
Sure, I'd like my heart to stop, for a smallest little second.
But I'm glad my heart didn't stop, with it i'm not be to recond.
My heart pounds and pounds to let me know I'm alive.
And with my pounding heart, my life, I will strive
.
Sigh, berdebar hati ini bila mengenangkan sabtu ini. Adakah segalanya akan berjalan dengan lancar? Ayuni, sila yakin dengan diri anda. Ingat, Confidence is the sexiest thing a woman can have
L.O.V.E

We The Kings ft. Demi Lovato: We'll Be A Dream (Official HD Video)


Serabai tetap serabai, best tetap best. Walaupun diaorg ni band serabai, aku tetap suka semua lagu diaorg. Hehe


L.O.V.E


Monday, June 28, 2010

Al-RAwsha

SEmalam amy belanja makan kat kedai masakan arab (bukan la fav aku) tp disebabkan da lapar, terima je la ajakan tu. So, bila sampai kat kedai tu, kitaorg masuk la kat bahagian family yg tertulis “family only”. And aku gi la tandas jap. Bila aku keluar, tengok kuarga aku hilang. Upenyer diaorg da gi ke table lain yg xberapa best n bukan depan tv (nak tengok fifa huhu). Bila tanya kenapa keluar, adik aku ckp tu hanya utk family yg 4 org je. Ada  ke mcm tu?? Bukan family ni selalunyer >4 org ke? Sengal betol hehe. Tp xpelah, small matter je pun.

Pahtu kalini mmg bigmatter. SBB ADIK AKU ORDER KEBAB DAGING. Aku ni dah la xmakan daging. Eeeee kurang hasam betol. So, order la nasi beriyani apa ntah ada ayam besar. Baru la puas makan hehe. PAdan muka, saper suruh order makanan tanpa pengetahuan aku.

Yang paling best: kami jumpa MERLIN, si pelakun MERLIN tu. HAha, pekerja tu sebiji mcm merlin XD kihkih. KOrang tengoklah gambar kat bawah ni nanti. Sorry la, blur skit sbb rajin sangat si merlin ni, susah nak amek gambar kerana pergerakan yg terlalu pantas haha!! 

KOrang cuba la makan kat sini, sedap gak ar. Tp bg aku ok2 je kihkih

Huh, tak dapat nak tengok fifa. Dah la game penting malam tadi. NAseb baik tv kat atas bumbung haha




Beer Halal. Haha, aduhai


Ni plak sandwich yg kunun2 aku nak order. Tp mcm pelik lak, lain kali la order hehe


Tak makan pun, tak suka daging lembu

NI la hero naga kita, merlin kihkih. Sama kan? kalau korang tengok depan2, lagi sebijik muka dia 

L.O.V.E